Monday 2 June 2014

Kata-kata Aluan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi serba sedikit ilmu dan strategi dalam trading forex yang saya guna, yang mungkin boleh anda gunakan bersama-sama. 

Untuk makluman, blog ini bukanlah untuk golongan yang betul-betul baru (freshie, newbie, atau apa sahaja term yang merujuk kepada mereka yang baru) untuk mengenal forex, tetapi untuk mereka yang ingin menambah ilmu trading forex. 

SEKIRANYA ANDA MASIH BARU, DAN MASIH TIDAK TAHU APA ITU FOREX TRADING, SAYA TEGASKAN DISINI BUKAN TEMPATNYA.

SILA PERGI KE SINI UNTUK BELAJAR DAHULU ! 

SEGALA JAWAPAN ANDA ADA DISANA

Apa yang ingin saya kongsikan disini, adalah sebahagian dari teknik yang saya gunakan semasa saya trade. Jadi saya amat berharap sekiranya saya salah, mohon betulkan segala kesilapan saya di ruangan komen. Mohon maaf sekiranya apa yang diterangkan tidak betul.

Satu pesanan saya, bahawa ilmu ini diberi secara PERCUMA, dan saya rasa tidak perlu ilmu ini dijual, dibuat affiliate atau apa sahaja yang dikomersilkan dan melibatkan keuntungan untuk diri sendiri. Sekiranya perkara ini berlaku, itu diantara anda dan Allah sahaja. 

Segala yang baik, datang dari Allah Subhanahuwa Ta'ala, 
Dan yang buruk datang dari saya sendiri.

Sekian.


-aika28-